Hari Ini Dalam Sejarah
Buat pertama kalinya kumpulan praktikum F1P8 mempunyai blog sendiri. Dengan adanya blog ini, banyak perkara yang boleh dibuat terutamanya memberi komen serta meyampaikan perkara atau salam kepada semua ahli kumpulan praktikum F1P8 bagi sesi 2008/2009. Blog ini juga turut disertakan gambar-gambar aktiviti dan memori terindah kumpulan praktikum F1P8 yang boleh dilihat untuk kenangan. Semoga semua yang melawat blog ini berpuas hati dengan maklumat yang terkandung di dalam blog ini. Saya berharap anda mendoakan kami berjaya dalam peperiksaan akhir semester 2 juga untuk masa hadapan kami. Sekian...
Tahniah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Praktikum F1P8 KMPP bagi sesi 2008/2009 kerana telah berjaya membina blog praktikum untuk memenuhi penyertaan dalam KMPP ICT Exhibition festival pada 4 Febuari 2009 ini. Dengan adanya blog ini, saya percaya kesemua ahli praktikum akan berjaya bukan sahaja di peringkat matrikulasi, bahkan hingga ke menara gading. Diharap juga blog ini akan memenangi tempat pertama dalam pertandingan blog praktikum sempena minggu ICT di Kolej Matrikulasi Matrikulasi Pulau Pinang.
Posted by Azizi | 27 Januari 2009 at 4:09 PM